Adry Shah Iskandar
Adry Shah Iskandar
Salam....

"Sayang semuanya sudah terlambat
Tak guna engkau kesalkan lagi
Sayang semuanya sudah terlambat
Biarkan aku membawa diri... "

Masih ingatkah kita lagu ini, lagu yang amat popular semasa tahun 90'an. Sapa ye penyanyinya? Shidee... rasanya masa ini amat sesuai lagu ini di dengari pada ketika ini. Mengapa?

Perasaan ku ini amat sedih sekali kerana perbuatan seseorang yang aku rasa tidak dapat dibentuk. Aku rasa dengan kata perpisahan adalah perkara yang terakhir yang harus aku lakukan. Aku rasa masa dan ketika ini adalah amat sesuai sekali.

Jadi bagaimana pula dengan diriku. Ye aku dah dan sedang memulakan perjalanan untuk membasuh luka ini. Tidak apa aku pernah melalui perkara ini. Ini adalah kesalahan dan kebodohan diriku. Aku kena berdepan dengan kenyataan yang ternyata telah tertulis untuk diri ku. Persoalannya berapa lamakan masa yang akan aku ambil untuk memperbaiki lukaku ini? Hanya masa dan keadaan yang akan menentukannya.

Aku akhiri entry kali ini dengan meninggalkan link lagu dari Shidee untuk didengari oleh semua. Hayati lirik lagu ini dan anda akan memahami apa yang aku sedang rasai sekarang ini....